Syarat-syarat


  • Jualan dibuat berdasarkan siapa cepat dia dapat (first come, first serve). Sila e-mel atau sms untuk memaklumkan yang anda benar-benar berminat dengan item tersebut.

  • Pembeli yang serius sahaja. Jika anda ingin membatalkan order, sila maklumkan kepada OSK Bundle.

  • Harga adalah tetap.

  • Untuk order, OSK Bundle perlukan maklumat lengkap anda (nama, alamat, nombor telefon, dan kod item). Order yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diproses.

  • Order akan dihantar dalam tempoh 3-5 hari bekerja setelah pembayaran penuh telah dibuat.

  • Pembatalan order adalah tidak dibenarkan. Kesemua jualan adalah muktamad. Item yang telah dijual tidak boleh dipulangkan, wang tidak akan dikembalikan (melainkan stok tiada) dan tidak boleh ditukar.

  • Warna item sebenar mungkin berbeza sedikit daripada di dalam gambar disebabkan oleh pencahayaan semasa gambar diambil atau monitor setting anda. Walau bagaimanapun, OSK Bundle adalah fleksibel dan sila e-mel OSK Bundle untuk menanyakan apa sahaja mengenai warna, design dan sebagainya.

  • Order adalah dibenarkan untuk 2 hari sahaja. Selepas tempoh tersebut, kesemua order yang tidak diikuti pembayaran penuh akan dibatalkan secara automatik. Perlu diingatkan bahawa jualan ini dibuat berdasarkan siapa bayar dahulu, dia akan dapat item tersebut dahulu.

  • OSK Bundle akan semak keadaan item sebelum ia dihantar. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada item tersebut semasa penghantaran. Risiko pembelian adalah ditanggung oleh anda.

  • Cash on Delivery tidak dibenarkan.

  • Harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk kos penghantaran melainkan dinyatakan sebaliknya.

  • Kesemua item diperoleh daripada pembekal. Anda akan dapat apa yang anda lihat. Tiada aduan akan diterima mengenai jahitan, perbezaan warna benang, tidak muat, saiz berlainan dan sebagainya.

  • Syarat-syarat OSK Bundle adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

Sekian, terima kasih.